October 2, 2014

Rockerz Hati Lembut

Assalamualaikum :')
Annyeong~~
Lama tak update blog rasanya..
nasib baik blog aku ni tak tuntut nafkah :D

aku dah semester 5! 
ya, berganjak satu lagi semester.
Weheeeee :D

banyak dah kerja-kerja tertangguh..
mana mungkin selimut tetangga?
(tiba-tiba)

walaupun banyak kerja tertangguh, aku masih ada banyak masa untuk menangis.
MENANGIS???

WHY???????

kata rockerz.
rockerz mana bisa menangis?

biasalah. rockerz ni luaran nampak kasar.
dalaman tu...kalah fasha sandha..

gila lah kalau tak pernah menangis. 
menangis ni menandakan hati kita ni lembut.
hati aku lembut.
hati kau ada?
inilah yang dinamakan chenta!
(TIBA-TIBA LAGI!)

aku jenis manusia yang terpelik.
aku tak kuat bab-bab tahan air mata ni.
kalau nak lawan dengan wan maimunah, konpem fauziah nawi yang lagi hebat bab-bab menangis. 
(...........................)

biarlah aku kongsikan sedikit.
tak salah rasanya nak jadi rockerz yg kuat nanges.
lebih-lebih lagi macam aku.
rockerz hati lembut.


Menangis merupakan sebuah bentuk pengakuan terhadap kebenaran.
“Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Qur’an) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri) seraya berkata: “Ya Rabb kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Qur’an dan kenabian Muhammad)”. (QS. Al Maidah: 83).

hidup ni tak selalunya indah.
Jadi, agak-agak nak meletup empangan air mata tu, 
pecahkan jaa terus. 
Kalau tak, kenapa Allah ciptakan air mata. 
tak gituuu??

aku rockerz malaya. dan pada masa yang sama,
hati aku lembut. 
ada aku kisah??
(serabutla post..takde motif..)

1 comment:

Unknown said...

manusia akn lega selepas airmatanya dikeluarkan..maka Tuhan telah cipta sepasang mata untuk manusia yang di dalamnya terdapat sebuah gudang air mata yang x kan pernah habis walau sebanyak mana dikeluarkan oleh pemiliknya..rockers bukanlah insan yang x pernah menangis..hatinya yang kering kadangkala perlu dibasahi air mata untuk kuatkan hatinya yang keras seperti batu...dan kadangkala hatinya yang kering perlu di basahi agar terbina taman yang indah......kerna apa?..kerna rockers juga manusia yang bertuhan...yang punya hati dan perasaan..yang punya cita dan cinta.....yang punya keluarga dan sahabat...yang punya wawasan dan prinsip hidup.....suatu ketika dahulu era rockers pernah sampai kemuncaknya..berkumandanglah irama dan lagu yang punya mesej bermakna ....bertemakan realiti kehidupan insan..cinta dan harapan....rockers tak pernah gugur walaupun kadangkala kecewa..kerana rockers percaya dia ada Tuhan dan sahabat......ibarat pesan akhir lagu2 rock cintan....yang akhirnya nasibnya diserahkan dan dipasrahkan kepada yang Maha Mengerti...........apakah era itu akan kembali..trerus bangkit rockers tanah air..biar apa kata orang...strong n proud with our ways...cheers!!!..:-D

AKU??

My photo
tanjung malim, perak
Aku seorang rockers yang jiwang karat tahap berapa pun aku tak pasti. Yang aku pasti, aku punya satu hati yang menyimpan pelbagai perasaan. Hanya satu, untuk seribu :)